Friday 24 June 2011

mari cuba buat..

hari ni mau kongsi resepi cheese cake.. gerenti menjadi dan sedap.. :)

resepi dari biduri (myresepi.com).. memang sedap hingga menjilat jari.. tapi ada yang diubah sikit-sikit..

maaf ya kak.. hehehe



Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 200g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream
  • 2 1/2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Teras:

Biskut marie 35 keping dikisar halus. 

butter ( dicairkan )

Cara-cara

  1. Panaskan oven 150 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali telur kedalam mixer. Pukul slama 8 minit atau sehingga kelihatan kembang.
  3. Masukkan telur satu per satu. pukul lagi selama 5 minit.
  4. Masukkan ke dalam loyang yang mengandungi biskut dan bakar (water bath) selama 50-60 minit 
  5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

untuk teras(lapisan bawah)

1. Campurkan biskut marie yang telah hikisar halus dengan butter cair.

2. Gaul hingga sekata

3. Padatkan adunan kedalam loyang pembakar.

4. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 2 minit.


selamat mencuba... :)

No comments:

Post a Comment